Thursday 14 September 2023

 Minggu Karnival Kokuria InSTAR 2023


Hari Pertama: 11 September 2023

Miggu Karnival Kokuria ini mengadakan pelbagai pertandingan mengikut rumah sukan masing- masing. Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. Semoga karnival diteruskan pada masa akan datang dan memberi impak yang tinggi kepada murid- murid InSTAR.

Terima kasih kepada warga InSTAR, PIBG dan ibu bapa yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa





No comments:

Post a Comment