Thursday 14 September 2023

 Minggu Karnival Kokuria InSTAR 2023


Hari Pertama: 11 September 2023

Miggu Karnival Kokuria ini mengadakan pelbagai pertandingan mengikut rumah sukan masing- masing. Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid dalam mengetengahkan inovasi, penemuan dan reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. Semoga karnival diteruskan pada masa akan datang dan memberi impak yang tinggi kepada murid- murid InSTAR.

Terima kasih kepada warga InSTAR, PIBG dan ibu bapa yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa





 TAKLIMAT KEMASUKAN KE SBP TAHUN 2024


Tarikh: 11 September 2023
Tempat: SMK Rompin

Guru terlibat: Pn. Nor Izzah binti Md Nadzar

Murid terlibat:
1. Muhammad Fakhrul Haziq bin Kamarul Azman 4 Abu Qatadah
2. Wan Auni Najla binti Wan Ahmad Shamrul 4 Abu Talhah

Taklimat diadakan untuk memberi penerangan berkaitan maklumat SBP, syarat permohonan dan kemasukan secara online ke SBP.

Terima kasih kepada pihak pengurusan, warga InSTAR dan pihak SMK Rompin yang menjemput kami untuk menyampaikan taklimat.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa





 Pameran Kerjaya ( Finco Careers Insight)


Tarikh: 11 September 2023
Bertempat : SMK Paya Besar, Kuantan
Pencapaian: Penyertaan
Sasaran: 4 orang murid Tingkatan 4
1. Nur Damia Mirza binti Md Leven
2. Alya Shadiyah binti Ali Akbar
3. Nur Alia Kamela binti Ahmad Azhar
4. Nur Qaisara Qarima binti Isa

Pameran Kerjaya ini melibatkan sekolah-sekolah daerah Kuantan, Maran dan Pekan. Objektif pameran ini ialah meningkatkan kefahaman murid tentang kerjaya, kemahiran serta perilaku yang dinilai oleh majikan untuk mendapatkan pekerjaan yang bernilai tinggi.

Terima kasih kepada warga InSTAR, PIBG dan ibu bapa yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa




 PROGRAM KHIDMAT BANTU SGE

Tarikh: 07.09.2023-11.09.2023
Tempat: SBP Integrasi Kuantan (INTEK)
Bilangan Murid: 10 orang Tingkatan 5

Matlamat Program Khidmat Bantu (SGE) Siri Satu ini adalah untuk membantu murid mencapai minima A+  pelajaran ELEKTIF dalam Peperiksaan SPM.

Mata pelajaran yang ELEKTIF untuk siri dua ini adalah Fizik,Matematik Tambahan,Kimia ,dan Biologi.

Terdapat 7 buah SBP yang terlibat dalam program iaitu:
1)SBPI Tun Abdul Razak
2)SBPI Batu Rakit
3)SM Sains Dungun
4)SM Sains Kuala Terengganu
5)SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah
6)SBPI Kuantan
7)Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah

Terima kasih kepada semua guru,pihak pibg dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga calon calon SPM InSTAR memperoleh  kejayaan.

#AdminInSTARChannel
#BeyondSuccess
#InSTARBintangTinggiDiLangit
#NoSPa



 Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara 2023.


Tarikh: 8-9 September 2023
Tempat bermalam: Kolej Kediaman 11, Ungku Aziz Universiti Malaya
Tempat lawatan: Pusat Sains Negara.
Sasaran: Murid Tingkatan 1 hingga 3 terbaik keputusan PK1
Guru Pengiring:
1. En. Harrie bin Ahmad Basri
2. En. Khairul Anwar bin Amir
3. Pn. Roszana binti Zakaria
4. Pn. Nor Izzah binti Md Nadzar
5. Pn. Siti Aisyah binti Ming

Lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 31 orang murid iaitu 17 murid lelaki dan 14 murid perempuan. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan pembelajaran di luar bilik darjah khususnya berkaitan sains dan teknologi. Ini bertujuan untuk  memupuk minat murid kepada kerjaya dalam bidang STEM. Di Universiti Malaya kami telah singgah di beberapa lokasi seperti Dewan Canselori, Lanskap I Love UM dan Mercu Tanda Universiti  Malaya. Murid juga berkesempatan berjumpa dengan bekas murid InSTAR SPM 2022.
Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasminya pada 29hb November 1996 oleh  Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Lokasinya terletak di sebuah kawasan yang aman, harmoni dan di kelilingi kehijauan semulajadi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bangunan Pusat Sains Negara merupakan sebuah mercu tanda kebangsaan melalui rekabentuknya yang unik dan saintifik. Bangunannya menyerupai sebuah kon yang terpotong di kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesi. Pusat Sains Negara ini ialah sebuah institusi pembelajaran tidak formal, institusi ini diharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman murid- mirid terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah mereka.

Terima kasih kepada warga InSTAR, PIBG, Pengurusan Universiti Malaya, Pusat Sains Negara dan ibu bapa yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa



 GOTONG ROYONG MADANI InSTAR TAHUN 2023


Tarikh: 9 September 2023
Masa: 8.30 pagi (Sabtu)

Terima kasih kepada kepada barisan pentadbir, guru- guru, AKP, ibu bapa, pihak kantin, pekerja pembersihan, keselamatan dan dewan makan atas kerjasama dan bantuan dalam menjayakan Gotong-royong Madani peringkat sekolah pada hari ini.
Semoga tuan-puan diberikan ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah.
Amin...

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#AnakBaikLagiCerdik 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa



 PROGRAM JEJAK JAYA SEKOLAH MENENGAH SAINS JOHOR (SAINS JOHOR) BERSAMA InSTAR.


Tarikh: 4/9/2023-8/9/2023.

Program ini telah diikuti oleh 10 orang murid tingkatan 4 terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan yang telah ditempatkan di kelas 4 Abu Qatadah dan 4 Abu Musa.
Program ini memberi peluang dan pendedahanserta pengalaman baru kepada murid SM Sains Johor dan InSTAR.

Terima kasih kepada warga InSTAR, PIBG dan ibu bapa yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa