Mengenai Kami

LATAR BELAKANG

SBPI TUN ABDUL RAZAK

 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak Pekan telah ditubuhkan pada 01 Jun 2003 dan mula beroperasi pada 01.08.2003, di bawah pentadbiran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan,Kementerian Pelajaran Malaysia. Nama asal sekolah ini ialah SBP Integrasi Pekan dan ditukar kepada SBP Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) mulai tahun 2010 mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari daerah Pekan. Sekolah ini terletak kira-kira 15 km dari Bandar Pekan di bawah DUN Peramu,Parlimen Pekan. Keluasan tanah ialah 28 ekar dan mengandungi Blok Bangunan Pejabat dan sekolah, Dewan, Dua Blok Asrama, 1 unit rumah Pengetua dan 3 unit rumah Penolong Kanan dan 16 unit rumah guru.


Enrolmen terkini ialah 473 orang murid, 55 guru dan 20 staf sokongan. Tugas kawalan keselamatan, pembersihan  kawasan dan kontraktor bermasak dikendalikan oleh pihak swasta (7 orang pengawal keselamatan, 14 orang pembersih  kawasan dan 9 orang petugas kontraktor makanan bermasak).


Dalam bidang akademik, sekolah ini menawarkan mata pelajaran dalam aliran sains tulen, sains tulen agama dan sains teknikal di peringkat menengah atas dan mewajibkan mata pelajaran Bahasa Arab bagi menengah rendah. Selain  dari itu, bahasa antarabangsa juga ditawarkan di sekolah ini iaitu bahasa Perancis dan bahasa Mandarin.  Ini adalah  selaras dengan hasrat SBP bagi mengantarabangsakan semua sekolah berasrama penuh.

Infrastruktur yang disediakan terus dibangunkan dan dipertingkatkan bagi menyediakan akses pembelajaran yang optimum. Di samping itu, program terus diperkukuhkan agar visi dan misi sekolah akan tercapai dan seterusnya menjadi pendokong hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai peneraju pendidikan bertaraf dunia.Terkini, SBPI Tun Abdul Razak telah diisytiharkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun 2011  dan berusaha untuk menjadi sebuah SBP-SBT yang  ungguli di Pantai Timur  dan peringkat Kebangsaan dan antara bangsa.


Carta Organisasi Sekolah:




No comments:

Post a Comment