Thursday 14 September 2023

 Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara 2023.


Tarikh: 8-9 September 2023
Tempat bermalam: Kolej Kediaman 11, Ungku Aziz Universiti Malaya
Tempat lawatan: Pusat Sains Negara.
Sasaran: Murid Tingkatan 1 hingga 3 terbaik keputusan PK1
Guru Pengiring:
1. En. Harrie bin Ahmad Basri
2. En. Khairul Anwar bin Amir
3. Pn. Roszana binti Zakaria
4. Pn. Nor Izzah binti Md Nadzar
5. Pn. Siti Aisyah binti Ming

Lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 31 orang murid iaitu 17 murid lelaki dan 14 murid perempuan. Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan pembelajaran di luar bilik darjah khususnya berkaitan sains dan teknologi. Ini bertujuan untuk  memupuk minat murid kepada kerjaya dalam bidang STEM. Di Universiti Malaya kami telah singgah di beberapa lokasi seperti Dewan Canselori, Lanskap I Love UM dan Mercu Tanda Universiti  Malaya. Murid juga berkesempatan berjumpa dengan bekas murid InSTAR SPM 2022.
Pusat Sains Negara telah dibuka secara rasminya pada 29hb November 1996 oleh  Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Y.A.B Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Lokasinya terletak di sebuah kawasan yang aman, harmoni dan di kelilingi kehijauan semulajadi di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Bangunan Pusat Sains Negara merupakan sebuah mercu tanda kebangsaan melalui rekabentuknya yang unik dan saintifik. Bangunannya menyerupai sebuah kon yang terpotong di kemuncaknya dan ditutupi dengan sebuah kubah geodesi. Pusat Sains Negara ini ialah sebuah institusi pembelajaran tidak formal, institusi ini diharap dapat meningkatkan minat, penghargaan dan kefahaman murid- mirid terhadap Sains dan Teknologi demi peningkatan ilmiah mereka.

Terima kasih kepada warga InSTAR, PIBG, Pengurusan Universiti Malaya, Pusat Sains Negara dan ibu bapa yang memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

#AdminInSTARChannel 
#BeyondSuccess 
#InSTARBintangTinggiDiLangit 
#NoSPa



No comments:

Post a Comment