Friday 26 January 2018

PERJUMPAAN PELAJAR TINGKATAN 4 DENGAN PENGETUA

PERJUMPAAN PELAJAR TINGKATAN 4 DENGAN PENGETUA
TARIKH: 25/1/2018
MASA: 4.00 PETANG
PERKARA YANG DISAMPAIKAN OLEH PENGETUA
1. Pelajar perlu bermuhasabah diri tentang  keputusan PT3 yang teruk  dan perubahan perlu dilakukan pada masa sekarang.
2. Pengetua mengingatkan semua pelajar tidak dibenarkan untuk gagal dalam semua mata pelajaran tingkatan 4.
3. Pelajar tidak boleh membuang masa kerana SPM tidak lama lagi iaitu lebih kurang 510 hari lagi dan 200 topik yang perlu dikuasai. Pelajar perlu membuat persiapan setiap hari pada malam hari supaya tidak lupa.
4. Pelajar juga tidak boleh mengabaikan pelajaran jika terlibat dengan perlawanan atau aktiviti ko kurikulum.
5. Pelajar cemerlang juga tidak boleh  mengabaikan kawan –kawan yang lain.
6. Akhirnya, Pengetua menasihatkan pelajar pelajar supaya banyak berdoa kepada Allah kerana Allah bagi peluang kepada semua orang kerana Allah Maha Adil. Pelajar perlu melakukan banyak solat tahajud dan solat hajat kerana kedua-dua nya adalah senjata untuk menghadapi peperiksaan.
7. Pengetua mengingatkan ketua ‘batch’ untuk mengadakan program solat hajat dan solat taubat setiap malam bagi semua pelajar tingkatan 4.


No comments:

Post a Comment