Pendaftaran
Murid Tingkatan 1 2018
10 Januari
2018
Dewan
Gemilang InSTAR
Intipati Perutusan
Pengetua SBPI Tun Abdul Razak
Assalammualaikum w.b.t
Syukur kehadrat Ilahi dan tahniah
kepada tuan – tuan dan puan - puan serta
anak-anak tingkatan 1 kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) sesi 2018. Anak-anak yang berjaya
dalam permohonan ke SBP merupakan anak-anak yang hebat kerana mereka telah
berjaya diuji dalam Ujian kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang
julung-julung kali dilaksanakan oleh pihak BPSBPSK, KPM. Sudah tentu anak-anak
ini mempunyai kekuatan dalam Intelligence Quotient, Emotion Quotient,
Spiritual Quotient, Soft Skill Quotient dan pengetahuan am.
Tuan / puan,
Hari ini saya mengajak semua ibu
bapa murid tingkatan 1 yang baru mendaftar di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Tun Abdul Razak (InSTAR) untuk bersama-sama membantu dan menyokong usaha
sekolah dalam mencemerlangkan potensi murid-murid. Sumbangan dana, pemikiran
dan kepakaran dalam kalangan ibu bapa sangat diperlukan dan PIBG merupakan
medium berkesan dalam menyalurkan usaha tersebut.
Saya juga menyeru agar ibu bapa
dan sekolah sentiasa membina titik persamaan supaya kesepakatan dan perkongsian
matlamat bersama terbentuk. Perselisihan pemikiran hanya akan menerbitkan isu
dan sekiranya wujud, peranan PIBG amat diperlukan.
Kepada anak-anak Tingkatan 1,
Ingatlah! Teruskan langkah
perjuangan di InSTAR. Tiada U Turn dalam perjalanan menggapai
kecemerlangan diri kerana InSTAR merupakan organisasi yang berupaya melahirkan
modal insan holistik. Anak-anak akan disuntik dengan kecemerlangan akademik,
pemapanan sahsiah, kesuburan kerohanian, kehebatan kokurikulum dan kemahiran
kepemimpinan sepanjang 5 tahun di sekolah ini melalui program-program yang
telah disusun atur. Bagi merealisasikan matlamat menyediakan produk InSTAR yang
berkualiti, maka gabung jalin semua pihak diperlukan iaitu ibu bapa, PIBG,
PIBK, NGO, GO dan warga InSTAR.
Terima kasih juga kepada PIBG
yang banyak menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada pembangunan sekolah, di
samping bantuan dan peruntukan daripada pihak kerajaan dan BPSBPSK KPM.
Sekian. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment