Thursday 18 June 2015

Kejohanan Merentas Desa 2015

Pada 24hb Januari yang lalu SBP Integrasi Tun Abdul Razak telah mengadakan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah yang berlangsung dengan lancar. Pihak sekolah telah mengatur dan program berjalan dengan penuh semangat dan berdedikasi. Para pelajar InSTAR diwajibkan untuk menyertai pertandingan tersebut kecuali bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Guru-guru pula berusaha keras bagi memastikan kelancaran program dan memastikan aspek keselamatan diambil peduli. Bakat-bakat sukan olahraga juga dapat dilihat melalui aktiviti ini.

Cikgu Shahrizan berlari bersama pelajar lelaki
Pelepasan pelajar lelaki pada permulaan pertandingan

Berjalan kepenatan

Antara guru yang menjaga checkpoint pada hari pertandingan Cikgu Zulhairi, Cikgu Shahrizal, dan Cikgu Khairul Abidin

Guru yang menjaga checkpoint peserta di tengah panas

Pelajar perempuan yang bersemangat meneruskan acara pertandingan

Pelajar lelaki sudah mula berjalan tetapi masih bersemangat meneruskan acara.

No comments:

Post a Comment