Tuesday, 5 May 2015

Karnival Bahasa InSTAR 2015

Pada bulan Januari 2015, 26hb - 29hb Januari 2015 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan bersempena dengan bulan bahasa, Karnival Bahasa telah berlangsung dan mendapat sambutan yang sangat meriah daripada kalangan guru dan para pelajar InSTAR. Kemeriahan karnival ini dilihat dapat mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru di samping dapat mengasah bakat-bakat muda dalam bidang bahasa. Soft skills yang kini menjadi permintaan institusi-institusi pendidikan di dalam mahupun luar negeri dapat dijelmakan dalam pertandingan-pertandingan seperti ini. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti bahas bahasa melayu, debat bahasa melayu, debate, scrabble, tahajji sohihan, khat, dan virelangue bahasa perancis.





Pertandingan Khat Bahasa Arab

Syarahan Bahasa Melayu

Antara pengadil pertandingan yang terdiri daripada guru-guru

Scrabble Bahasa Inggeris

Antara pemenang Virelangue Bahasa Perancis

Antara pemenang di Hari Penutupan Karnival bahasa

No comments:

Post a Comment