Tuesday 23 August 2016

Program Temu Mesra InStar 30 Julai 2016

Pada 30 Julai 2016 yang lalu, pihak InStar telah mengadakan Program Temu Mesra bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 di Dewan Gemilang InStar.Jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Pada hari yang sama juga, Program Temu Mesra Pelajar DLP  Tingkatan Satu diadakan di Bilik Konferens InStar.

Objektif program DLP ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaaan. 

Program ini dapat membantu dan menarik minat murid yang ingin meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat tertiari. 

Selain daripada itu, pelaksanaan DLP turut meningkatkan masa pendedahan murid kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat memperkukuh bahasa Inggeris mereka. 

Semoga pelajar terlibat mendapat kejayaan cemerlang. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang menjayakan program tersebut.

No comments:

Post a Comment