Pada 30 Julai 2016 yang lalu, pihak InStar telah mengadakan Program Temu Mesra bersama ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 di Dewan Gemilang InStar.Jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang bersama-sama menjayakan program tersebut.
Pada hari yang sama juga, Program Temu Mesra Pelajar DLP Tingkatan Satu diadakan di Bilik Konferens InStar.
Objektif program DLP ini adalah untuk memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan akses dan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di
peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam
pekerjaaan.
Program ini dapat membantu dan menarik minat murid yang ingin
meneruskan pengajian dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik (STEM) di peringkat tertiari.
Selain daripada itu, pelaksanaan DLP turut meningkatkan masa pendedahan
murid kepada bahasa Inggeris yang secara tidak langsung dapat
memperkukuh bahasa Inggeris mereka.
Semoga pelajar terlibat mendapat kejayaan cemerlang. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang menjayakan program tersebut.