Monday 22 February 2016

[HEBAHAN KPT] : TAWARAN BIASISWA MERIT SCHOLARSHIP PROGRAMME (HIGH TECHNOLOGY) FOR THE ACADEMIC YEAR 2016-2017 dari BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB)

TAWARAN BIASISWA MERIT SCHOLARSHIP PROGRAMME (HIGH TECHNOLOGY) FOR THE ACADEMIC YEAR 2016 – 2017 DARI BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima makluman dari Kementerian Kewangan Malaysia mengenai tawaran biasiswa MERIT SCHOLARSHIP PROGRAMME (HIGH TECHNOLOGY) FOR THE ACADEMIC YEAR 2016-2017 dari BANK PEMBANGUNAN ISLAM (IDB) kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan.

Tawaran biasiswa tersebut menawarkan biasiswa (PhD dan post-doctoral research) secara sepenuh masa di dalam bidang Sains dan Teknologi bagi tahun akademik bermula 2016-2017. Tajaan ini meliputi bayaran yuran, kos sara hidup bagi pemohon sahaja (single-status basis), insurans kesihatan dan tiket kapal terbang pergi-balik.

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada : 29 Februari 2016 (Isnin)
Maklumat lanjut dan borang boleh dicapai dipautan :
http://www.isdb.org/irj/portal/anonymous?NavigationTarget=navurl://c28c70fde436815fcff1257ef5982a08
Maklumat Am : www.isdb.org
Sebarang Pertanyaan boleh berhubung terus dengan :
Puan Atasha Mohd Noh
 : 03-88824149
 : atasha.noh@treasury.gov.my

Borang Permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti di bawah sebelum 29 Februari 2016 :
Unit Kerjasama Pelbagai Hala 2,
Bahagian Antarabangsa,
Kementerian Kewangan,
Aras 8, Blok Tengah,
Kompleks Kementerian Kewangan,
Persiaran Perdana, Presint 2,
62592 PUTRAJAYA.

No comments:

Post a Comment