Monday, 13 July 2015

Ihya' Ramadhan dan Takbir Raya

Tuan Pengetua Tn Hj Zaimi bin  Abu Bakar bersama semua guru lelaki dan perempuan setiap hari jumaat dan pada ramadhan  hari ke 23 bersama sama pelajar mengalunkan takbir raya di dataran integrasi SBPI Tun Abdul Razak.
Video tidak dapat di upload oleh admin sebab saiz besar sgt.






Jejaka-jejaka InSTAR yang tidak kurang segaknya ceria tersenyum di pagi hari menjalani ibadah ramadhan di InSTAR Pekan selepas perhimpunan pagi.

Wajah-wajah harapan menjadi anak soleh 

Bacaan yang menenangkan jiwa dan melenyapkan segala keresahan di hati itulah bacaan Al-Quran. Pelajar perempuan SBP Integrasi Tun Abdul Razak yang turut mengalunkan bacaan. 

Kumpulan Nasyid dari InSTAR menyerikan lagi majlis dengan sedikit hiburan yang mengajak kita sentiasa mengingatiNya. 

Penceramah datang ke sekolah bagi menyampaikan ceramah selepas majlis khatam al Quran

Masa hadapan yang bergelar muslimahh  InSTAR yang sentiasa mengikuti program dengan patuh dan setia. Sama-sama berjamaah mengalunkan surah Yasin di pagi indah hari jumaat.

Sama-sama membacakan takbir tahmid dan tasbih di dataran sekolah pada hari ramadhan yang ke 23

Guru-guru lelaki InSTAR sedang khusyuk mendengar bacaan alunan al-Quran di Majlis Khatam Quran pada hari jumaat baru-baru ini. 

Keadaan yang tenang di pagi hari dipenuhi pula dengan bacaan-bacaan al-Quran kareem, bersama barisan para pendidik wanita yang bisa bergelar pemangkin ummah sentiasa menjadi inspirasi buat para pelajar.

Ramai pelajar mendapat hadiah bagi pertandingan-pertandingan dalam ihya' ramadhan, tidak lupa juga bantuan yang disalurkan kepada yang memerlukan


No comments:

Post a Comment