Thursday, 18 June 2015

LADAP Guru, Pengajaran dan Pemudahcaraan abad-21

LADAP Guru, Pengajaran dan Pemudahcaraan abad-21

Pada 26 Januari juga telah berlangsung LADAP guru yang melibatkan semua guru-guru InSTAR. Ia melibatkan beberapa orang pegawai dari PPD Pekan untuk melatih dan menerangkan PdP abad-21 kepada semua guru-guru InSTAR. Bertempat di Dewan Gemilang SBP Integrasi Tun Abdul Razak, guru-guru mengambil bahagian dan dapat mengeratkan tali silaturrahim antara pihak PPD dan guru sekolah. Program ini bertujuan untuk menjelaskan secara teliti dan praktikal cara pelaksanaan Pengajaran dan Pemudahcaraan di dalam kelas abad-21 yang sering menjadi bual bicara pendidikan pada tahun 2015. 

Pegawai Encik Azizi menunjukkan sebuah video berkaitan
Guru-guru dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan kecil
Encik Azizi sedang memberi penerangan tentang aktiviti yang dijalankan
guru-guru membuat tugasan yan

Kejohanan Merentas Desa 2015

Pada 24hb Januari yang lalu SBP Integrasi Tun Abdul Razak telah mengadakan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah yang berlangsung dengan lancar. Pihak sekolah telah mengatur dan program berjalan dengan penuh semangat dan berdedikasi. Para pelajar InSTAR diwajibkan untuk menyertai pertandingan tersebut kecuali bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Guru-guru pula berusaha keras bagi memastikan kelancaran program dan memastikan aspek keselamatan diambil peduli. Bakat-bakat sukan olahraga juga dapat dilihat melalui aktiviti ini.

Cikgu Shahrizan berlari bersama pelajar lelaki
Pelepasan pelajar lelaki pada permulaan pertandingan

Berjalan kepenatan

Antara guru yang menjaga checkpoint pada hari pertandingan Cikgu Zulhairi, Cikgu Shahrizal, dan Cikgu Khairul Abidin

Guru yang menjaga checkpoint peserta di tengah panas

Pelajar perempuan yang bersemangat meneruskan acara pertandingan

Pelajar lelaki sudah mula berjalan tetapi masih bersemangat meneruskan acara.