Wednesday 9 August 2023

Sofbol

 KEJOHANAN SOFBOL MSSP BAWAH 18 TAHUN 2023


TARIKH:3.8 2023 & 4.82023 (KHAMIS & JUMAAT)

TEMPAT KEJOHANAN : KOLEJ MATRIKULASI KEJURUTERAAN JENGKA PAHANG
PENGINAPAN: UITM JENGKA


Alhamdulillah 🤲 InSTAR telah menghantar 3 pemain lelaki dan 4 pemain perempuan bagi mewakili daerah pekan ke peringkat MSSP. Pasukan Sofbol Pekan Lelaki telah berjaya mendapat tempat Keempat setelah perlawanan yang agak sengit di peringkat semi dan penentuan ketiga dan keempat Kejohanan Sofbol Bawah 18 Tahun MSSP bagi Tahun 2023 manakala pasukan perempuan hanya berjaya mencapai peringkat suku akhir.

Sekali pun tidak berjaya menjadi Juara @ Naib Juara untuk edisi kali ini, namun pengorbanan, semangat perjuangan, kerja berpasukan dan erti persahabatan anak-anak2 Pekan amatlah bermakna dan berharga kelak usai sesi persekolahan nanti. Diharapkan InSTAR akan melahirkan lebih ramai lagi pemain Sofbol yang hebat bagi mewakili daerah Pekan ke peringkat seterusnya.

Insya Allah Amin. 🤲

Jutaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada  pihak ibu bapa yg menyokong pasukan Sofbol InSTAR dari Mula hingga akhir. 💪🏻💪🏻

Jazakallah khairan kasira. Moga Allah SWT membalas dengan sebaik baik kebaikan. 🤲🤲🤲

Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, barisan pentadbir, barisan Guru dan AKP, PIBG InSTAR, ibu bapa pemain dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.

Moga jasa baik tuan puan dibalas dan dirahmati Allah SWT hendak Nya. 🤲🤲

KEPUTUSAN PENUH SOFBOL MSSP 2023

LELAKI :
JOHAN : KUANTAN
N.JOHAN: MARAN
KETIGA: ROMPIN
KEEMPAT: PEKAN

PEREMPUAN :
JOHAN: ROMPIN
N.JOHAN: JERANTUT
KETIGA: KUANTAN
KEEMPAT: MARAN

#AdminInSTARChannel
#BeyondSuccess
#InSTARBintangTinggiDiLangit
#NoSPa





No comments:

Post a Comment