Tuesday, 17 November 2015
Tuesday, 14 July 2015
Ihya' Ramadhan dan Takbir Raya
Jejaka-jejaka InSTAR yang tidak kurang segaknya ceria
tersenyum di pagi hari menjalani ibadah ramadhan di InSTAR Pekan selepas
perhimpunan pagi.
|
Wajah-wajah harapan menjadi anak soleh
|
Bacaan yang menenangkan jiwa dan melenyapkan segala
keresahan di hati itulah bacaan Al-Quran. Pelajar perempuan SBP Integrasi Tun
Abdul Razak yang turut mengalunkan bacaan.
|
Kumpulan Nasyid dari InSTAR menyerikan lagi majlis dengan
sedikit hiburan yang mengajak kita sentiasa mengingatiNya.
|
| Penceramah datang ke sekolah bagi menyampaikan ceramah selepas majlis khatam al Quran |
Masa hadapan yang bergelar muslimahh InSTAR yang sentiasa
mengikuti program dengan patuh dan setia. Sama-sama berjamaah mengalunkan surah
Yasin di pagi indah hari jumaat.
|
| Sama-sama membacakan takbir tahmid dan tasbih di dataran sekolah pada hari ramadhan yang ke 23 |
Guru-guru lelaki InSTAR sedang khusyuk mendengar bacaan
alunan al-Quran di Majlis Khatam Quran pada hari jumaat baru-baru ini.
|
| Ramai pelajar mendapat hadiah bagi pertandingan-pertandingan dalam ihya' ramadhan, tidak lupa juga bantuan yang disalurkan kepada yang memerlukan |
Monday, 13 July 2015
Pelancaran PISA
PISA Program for International Students Assessment 2015 telah dilancarkan pada 17
Tuan Pengetua, Tuan Hj Zaimi bin Abu Bakar juga mendukung penuh program ini, dan memberikan nafas baru agar para pelajar berusaha bersungguh-sungguh mencapai keputusan cemerlang.
| Guru PISA En Harrie |
| Pelajar menerima sijil kecemerlangan |
| Pengetua dan GPK 1 menyerahkan sijil kepada guru Khairul Anwar |
| majlis pelancaran PISA Cikgu Harrie bersama tuan pengetua |
| pelajar tingkatan 4 berikar untuk menaikkan lagi prestasi ujian mereka |
| barisan pelajar InSTAR Pekan yang berada dalam majlis perasmian |
Thursday, 18 June 2015
LADAP Guru, Pengajaran dan Pemudahcaraan abad-21
LADAP Guru, Pengajaran dan Pemudahcaraan abad -21
Kejohanan Merentas Desa 2015
Pada 24hb Januari yang lalu SBP Integrasi Tun Abdul Razak telah mengadakan aktiviti Merentas Desa peringkat sekolah yang berlangsung dengan lancar. Pihak sekolah telah mengatur dan program berjalan dengan penuh semangat dan berdedikasi. Para pelajar InSTAR diwajibkan untuk menyertai pertandingan tersebut kecuali bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan. Guru-guru pula berusaha keras bagi memastikan kelancaran program dan memastikan aspek keselamatan diambil peduli. Bakat-bakat sukan olahraga juga dapat dilihat melalui aktiviti ini.
| Cikgu Shahrizan berlari bersama pelajar lelaki |
| Pelepasan pelajar lelaki pada permulaan pertandingan |
| Antara guru yang menjaga checkpoint pada hari pertandingan Cikgu Zulhairi, Cikgu Shahrizal, dan Cikgu Khairul Abidin |
| Guru yang |
| Pelajar perempuan yang bersemangat meneruskan acara pertandingan |
| Pelajar lelaki sudah mula berjalan tetapi masih bersemangat meneruskan acara. |
Wednesday, 6 May 2015
Karnival Bahasa InSTAR 2015
Pada bulan Januari 2015, 26hb - 29hb Januari 2015 bertempat di SBP Integrasi Tun Abdul Razak, Pekan bersempena dengan bulan bahasa, Karnival Bahasa telah berlangsung dan mendapat sambutan yang sangat meriah daripada kalangan guru dan para pelajar InSTAR. Kemeriahan karnival ini dilihat dapat mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru di samping dapat mengasah bakat-bakat muda dalam bidang bahasa. Soft skills yang kini menjadi permintaan institusi-institusi pendidikan di dalam mahupun luar negeri dapat dijelmakan dalam pertandingan-pertandingan seperti ini. Antara pertandingan yang diadakan adalah seperti bahas bahasa melayu, debat bahasa melayu, debate, scrabble, tahajji sohihan, khat, dan virelangue bahasa perancis.
| Pertandingan Khat Bahasa Arab |
| Scrabble Bahasa Inggeris |
| Antara pemenang Virelangue Bahasa Perancis |
| Antara pemenang di Hari Penutupan Karnival bahasa |
Subscribe to:
Posts (Atom)




