Monday, 8 January 2018

Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan 2018

Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan  2018 bersama tuan Pengetua:

Kosa kata: Merarau
Tema : Jaga Adab
Intipati ucapan Pengetua:
1. Penampilan sebagai pelajar SBP
2. Sama-sama jaga disiplin diri
3. Tekankan bahawa tidak ada pelajar yg gagal dalam peperiksaan @ ujian
4. Gagal: berdiri di hadapan perhimpunan...sehingga pengetua arahkan berhenti berdiri.
5. Program guru muda sbg medium utk cemerlang dalam semua subjek
6. Kalau gagal,  guru subjek akan disoal siasat.
7. Untuk capai kejayaan
1)seronok di dalam kelas - cinta, suka, sayang cikgu
2)tidak ada yg ponteng kelas waktu PDPC -jgn ada budaya ponteng kelas
3)hati kena bersih. Ilmu itu dari cahaya. Hati xboleh gelap supaya ilmu boleh tembus.
  - amalkan zikir, selawat, tahajjud (solat taubat, solat hajat)
8. Jgn sekalipun terlibat dgn masalah disiplin. Cara elak: ikut laluan @ ketetapan sekolah

9. Semua warga InSTAR bertanggungjawab memartabatkan InSTAR. Mesti meletakkan InSTAR di tempat yang sepatutnya. Selamat bekerjasama .




Thursday, 4 January 2018

Pengetua baharu InSTAR

02/08/18: Warga InSTAR mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Tuan Pengetua baharu, En. Muhamad Yazid Bin Abdul Wahab yang telah melapor diri di InSTAR pada 2 Januari yang lalu.Beliau sebelum ini menjawat jawatan sebagai PK HEM di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing, Johor.Semoga dengan perlantIkan tersebut dapat meneruskan dan memantapkan lagi kecemerlangan InSTAR.









Pertukaran Pengetua

Tuan pengetua InSTAR, En. Ahmad Zamri Bin Md. Isa telah bertukar ke SHAH Pekan mulai 2/1/2017.Warga InSTAR mengucapkan ribuan terima kasih diatas jasa dan sumbangan En Ahmad Zamri semasa menjawat jawatan Pengetua di InSTAR. 

                                     Malam Hari Berlagu Unggas,
                                                 Memecah Kesunyian Di Dalam Hutan,
                                     Walaupun Terpisah Tempat Bertugas,
                                                 Budimu Tuan Dalam Ingatan,


                                                    Selamat maju jaya di tempat baru!!


Wednesday, 29 November 2017

Senarai Keperluan Murid & Alat Tulis 2018

Makluman: Koperasi InSTAR akan dibuka mulai 30 Disember  sehingga sesi persekolahan bermula. Urusniaga akan bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.Rehat pada jam 1.00-2.00 ptg.

Urusniaga/trasnsaksi boleh dalam bentuk tunai atau Touch 'N' Go.



Wednesday, 22 November 2017

Ragbi:SESMA 7s Rugby Tournament

Kejohanan berlangsung pada 10-11 Nov 2017.

Pencapaian: 
U14 Semi finalist plate
U15 Naib Johan Plate
U16 Touch Girl No 3 Kebangsaan
U16 No 3 Kebangsaan











Ragbi: KGV 10s Antarabangsa


Kejohanan Berlangsung pada 4-5 November 2017.
Pencapaian: Naib Johan bagi kategori Spoon